Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Perhimpunan Pagi Jumaat 25 Januari 2019

    Perhimpunan pagi Jumaat 25 Januari 2019 dimulakan dengan bacaan surah Luqman dan Sajdah secara beramai-ramai dengan diketuai oleh saudara Fahmi Ghulam dan Wan Hakimi. Selesai bacaan Al-Quran, Ustaz Azrul selaku warden asrama memberikan taklimat disiplin semasa kepada pelajar-pelajar. Beliau juga memberikan taklimat 4K pertandingan kebersihan kelas selaku setiausaha 4K kebersihan. Seterusnya Ustazah Jazlina memberikan taklimat disiplin tentang tatacara perhimpuan Jumaat dan juga tentang disiplin pemakaian seragam sekolah. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh pengawas bertugas.

Tag: SMAM 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini