Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Kerohanian Jumaat (7 September 2018)

     Alhamdulillah, program kerohanian diteruskan seperti biasa pada perhimpunan hari Jumaat 7 September 2018. Bacaan Al-Quran secara beramai-ramai telah dilaksanakan dengan diketuai oleh Saudara Asyraaf (tingkatan 5A) dan Saudara Afiq (tingkatan 3A). Hari ini juga merupakan hari balik kampung untuk cuti selama 4 hari iaitu dari 8 September - 11 September 2018. Selamat bercuti dan jaga keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti. InsyaALLAH kita berjumpa semula pada hari Rabu 12 September 2018 di SMAM. Pelajar-pelajar asrama pula akan pulang ke SMAM pada hari Selasa 11 September 2018 sebelum pukul 6.00 petang. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini