Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Selamat Bertugas Di Tempat Baru Ustaz RAHIMI BIN ZAINAL ABIDIN

   Warga SMAM dengan berbesar hati dan penuh kesedihan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin yang akan berpindah tempat mengajar dari SMAM ke SMA Chenor bermula pada hari Isnin 11 Mac 2019. Beliau telah dilantik sebagai guru tetap di bawah SMAN dengan gred jawatan DG 29. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di SMAM selama hampir 7 tahun bermula dari 13 Mei 2012 sebagai guru ASPA (Amanah Saham Pahang). Segala jasa-jasa yang telah beliau taburkan kepada kita, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. Semoga ALLAH memberikan balasan yang terbaik buat beliau dan semoga beliau akan lebih suksess di tempat baru dan harap jangan lupakan kita semua di SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini