Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Sambutan Israk dan Mikraj

   Alhamdulillah pada hari Jumaat bersamaan 14 April 2017, Bahagian Kerohanian 4K yang diketuai oleh Ustaz Farek telah berjaya melaksanankan sambutan Israk Mikraj. Sambutan bermula dengan perhimpunan pagi dan bacaan al-quran. Seterusnya diadakan pula solat hajat dan solat dhuha diikuti dengan bacaan ratib yang diketuai oleh Ustaz Farek sendiri.

   Sambutan diteruskan dengan sesi pengucapan awam mengenai kasih sayang terhadap nabi. Selepas rehat, majlis diteruskan dengan ceramah Israk Mikraj oleh ustaz Ismail dari pondok Sungai Ling. Majlis diakhiri dengan sesi kuiz. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: israk mikraj SMAM 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini