Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Mesyuarat AJK Pelaksana Program Orientasi Pelajar Asrama Tg 1 Sesi 2019

   Satu mesyuarat AJK Pelaksana untuk program orientasi pelajar asrama tg 1 sesi 2019 telah diadakan pada malam Jumaat 17 Januari 2019 di Kelas 5A untuk membincangkan segala aktiviti yang akan dibuat dalam program tersebut. Mesyuarat di hadiri oleh semua exco-exco asrama yang terlibat dan dipantau oleh Ketua Warden SMAM, Ustaz Syarafi. Semoga program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang dihajatkan. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Mesyuarat Post Mortem PT3 2018

   Mesyuarat post mortem PT3 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM pada hari Khamis 17 Januari 2019. Mesyuarat dihadiri oleh semua guru PT3 2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Pagi 17 Januari 2019

   Perhimpunan pagi Khamis 17 Januari 2019 bermula pada pukul 7.17 pagi di tapak perhimpunan bersebelahan Dewan Tun Abd Razak. Perhimpunan dimulakan dengan perbarisan, dikuti oleh nyanyian Asma Ul-Husna, bacaan Al-Quran beramai-ramai,ucapan dari ustazah Jazlina dan diakhiri oleh ucapan dari GPK HEM, Ustazah Azifah. Perhimpunan bersurai pada jam 7.45 pagi.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Mesyuarat Agung Rumah Sukan

   Mesyuarat agung yang terakhir diadakan pada hari Rabu 16 Januari 2019 ialah mesyuarat agung rumah sukan yang diadakan di kelas-kelas yang telah ditetapkan. Rumah sukan di SMAM ialah Ibnu Battuta, Ibnu Sina, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Khaldun. Mesyuarat bermula dari jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Tag: SMAM 2019