Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Kaedah Pembelajaran Inkuri Penemuan

    Kaedah ini juga melibatkan penglibatan "hands-On" pelajar dalam membuktikan sesuatu konsep atau penyelesaian masalah. Kaedah ini lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur dan cara-cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran. Di kelas sains ianya digunakan untuk menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar secara aktif dalam pembuktian kepada teori-teori yang telah dipelajari. Pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang menggalakkan nilai kerjasama dan saling tolong menolong dalam pembelajaran. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini