Meriahnya Hari Jumaat 11 Januari 2019

    Bermula pada pukul 12.00 tengahari Jumaat 11 Januari 2019, suasana di SMAM menjadi cukup meriah dengan keriuhan suara-suara pelajar-pelajar yang bergerak menuju ke kenderaan ibu bapa masing-masing untuk balik kampung. Suasana amat ceria dengan senyuman di wajah masing-masing yang akan balik kampung buat kali pertama selepas hampir 2 minggu tinggal di asrama. Wajah ibu bapa juga jelas nampak riang dengan senyuman dan ketawa mungkin kerana selepas hampir 2 minggu, terubatlah rindu kepada anak mereka. Selamat balik kampung dan selamat kembali semula ke SMAM selewat-lewatnya jam 6.00 petang Ahad 13 Januari 2019. Jaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Sehingga berjumpa lagi di minggu ketiga persekolahan sesi 2019. InsyaALLAH.

# gambar-gambar rakaman kegembiraan balik kampung boleh dilihat/muat turun di ikon galeri-foto- balik kampung pertama 2019

Tag: SMAM 2019