Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "PSS"

Papar Artikel

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS 2024

      Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.10 pagi. Tahniah kepada semua pengawas yang baru dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan dedikasi, penuh komitmen dan berdisiplin. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah SMA Maran daripada IPD Maran iaitu Inspektor Nor Hafiz Bin Mohd Nor.

Tag: SMAM SMA 2024 watikah pengawas PSS

Papar Artikel

Sumbangan Buku Kepada PSS SMAM oleh Wakil Syarikat SASBADI

     Alhamdulillah, hari ini Khamis 5 April 2018, wakil syarikat SASBADI telah datang ke SMAM untuk menyerahkan sejumlah sumbangan buku rujukan. Terimakasih kami ucapkan kepada SASBADI yang sudi menyampaikan sumbangan buku ini. Tahniah juga kepada guru-guru PSS yang berusaha mendapatkan sumbangan ini. Semoga buku-buku ini boleh menjadi rujukan para pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka. InsyaALLAH.

Tag: PSS 2018

Papar Artikel

Perjumpaan PSS kali pertama 2018

    Perjumpaan kali pertama PSS SMAM telah diadakan pada hari Selasa bersamaan dengan 6 Mac di Perpustakaan. Ianya bermula pada pukul 3.00 petang dan membincangkan:
1. Lantikan Organisasi
2. Aktiviti Tahunan
3. Cadangan pembaharuan untuk sesi 2018
4. Persediaan untuk gotong royong

Semoga PSS SMAM akan lebih aktif dan kondusif di tahun 2018 ini dan membantu pelajar-pelajar untuk menjadi lebih cemerlang insya ALLAH.

Tag: PSS 2018

Papar Artikel

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas PSS 2018 SMAM

     Satu majlis penyampaian watikah perlantikan untuk pengawas-pengawas PSS telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Isnin 15 Januari 2018. Majlis ini adalah untuk melantik secara rasmi pengawas-pengawas PSS dan disempuirnakan oleh GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin Bin Ali yang mewakili Tuan Pengetua yang terlibat dalam Program Amanat Pengarah JAIP di Temerloh. Dalam majlis ini telah diumumkan Mohd Arief Bin Mohd Azri sebagai Ketua Pengawas PSS dan Farah Balqis...

Tag: PSS 2018