Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2017"

Papar Artikel

Seminar Sifar Gagal SMA 2017 SMAM

    Alhamdulillah satu sesi seminar sifar gagal untuk SMA telah diadakan di dewan Tun Abd Razak SMAM bermula dari 18 September hingga 20 September 2017. Seminar ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar tingkatan SMAM yang bakal mengambil SMA akan lulus 100%. Program telah diselaraskan oleh SU SMA iaitu Ustaz Farek. Sesi telah dibahagikan mengikut subjek SMA dan dijalankan oleh guru-guru subjek.

Tag: SMA SMAM 2017

Papar Artikel

Perkampungan Ilmu Fasa II SMAM

    Alhamdulillah, satu program kelas tambahan yang dinamakan Perkampungan Ilmu Fasa II telah berjaya di jalankan bermula dari hari Jumaat 25 Ogos hingga hari Ahad 27 Ogos 2017. Program ini diadakan untuk persediaan pelajar menghadapi tiga peperiksaan awam iaitu PT3, SMA dan SPM yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Kelas bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam mengikut jadual yang telah disediakan. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua...

Tag: perkampungan ilmu smam pt3 SMA spm 2017

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SMAM

      Alhamdulillah, satu program motivasi untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya dijalankan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 3 - 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Program ini bermula seawal pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Tag: motivasi SMAM 2017