Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2017"

Papar Artikel

Seminar Ekonomi

    Seramai 12 orang pelajar tingkatan 5 SMAM telah mengikuti seminar subjek ekonomi yang telah diadakan di Maahad SAS Jengka pada hari Khamis 25 Mei 2017. Pelajar-pelajar telah diiringi oleh guru ekonomi mereka iaitu Cikgu Norashikin. Adalah diharapkan seminar ini akan menjadi pembakar semangat untuk semua pelajar berjaya dalam subjek ekonomi dalam peperiksaan SPM 2017 nanti. InsyaALLAH.

Tag: seminar ekonomi SMAM 2017

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI GURU 2017

   Sebagaimana sekolah-sekolah lain juga di seluruh Malaysia, SMA Maran tidak ketinggalan dalam menyambut Hari Guru pada hari Selasa 16 Mei 2017. Sambutan bermula seawal pukul 8.30 dengan perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan pelajar-pelajar lelaki dan perlawanan bola jaring antara guru-guru perempuan dengan pelajar-pelajar perempuan. Selesai sesi sukan pagi, sambutan acara dewan pula diadakan pada pukul 11.30 dan ditutup dengan ceramah oleh PU Mizi pada pukul 12.30 tengahari...

Tag: hari guru SMAM 2017

Papar Artikel

Kejohanan Taekwando Perisai Peringkat Kebangsaan

         Kejohanan Taekwando Perisai Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Taekwando Bekas ATM(TTS) , Bahagian kokurikulum KPM dan Kementerian Belia dan Sukan 2017 telah diadakan di Kem Wardieburn Setapak Kuala Lumpur pada 7 Mei 2017. 2 pelajar SMAM telah menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah SMAM telah berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan di mana Arif Adham mendapat pingat emas dan Ahmad Shahnur Hafiz mendapat saguhati penyertaan. 

Tag: taekwando SMAM 2017

Papar Artikel

KONPIP

   Alhamdulillah pada 14 hingga 16 April 2017, SMAM telah menjadi tuan rumah untuk Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang telah di jalankan oleh Alumni Pelajar Agama Pahang. Pelajar-pelajar mewakili badan dakwah dari 17 buah sekolah SMAN telah menyertai konvensyen ini, Tahniah kepada semua yang terlibat

Tag: KONPIP 2017 SMAM SMAN Pahang