Perkampungan Ilmu Fasa II SMAM

    Alhamdulillah, satu program kelas tambahan yang dinamakan Perkampungan Ilmu Fasa II telah berjaya di jalankan bermula dari hari Jumaat 25 Ogos hingga hari Ahad 27 Ogos 2017. Program ini diadakan untuk persediaan pelajar menghadapi tiga peperiksaan awam iaitu PT3, SMA dan SPM yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Kelas bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam mengikut jadual yang telah disediakan. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua warga SMAM yang telah sudi memberikan komitmen dari segi masa, tenaga dan ilmu kepada semua pelajar. Diharapkan program ini akan menjadi perangsang untuk kejayaan pelajar-pelajar ini pada tahun 2017. InsyaALLAH.

Tag: perkampungan ilmu smam pt3 SMA spm 2017