Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2017"

Papar Artikel

Ceramah Vandalisme

    Ceramah khas mengenai perlakuan vandalisme telah diadakan di Surau ASPURA SMAM pada 20 November 2017 yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3. ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Abd Karem Bin Sidek. Ceramah bermula pada pukul 1.00 tengahari dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Semoga ceramah ini memberi kesan yang baik terhadap perlakuan vandalisme di kalangan pelajar. Aamiiin.

Tag: SMAM 2017 vandalisme aspura

Papar Artikel

Aktiviti Selepas Peperiksaan SMAM 2017

    Untuk memenuhkan masa yang terluang selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 hingga 3, pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan di SMAM bermula dari 13 November sehingga 24 November. aktiviti melibatkan bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Aktiviti-aktiviti ini juga adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar untuk di bawa ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan. Semoga aktiviti-aktiviti ini akan memberikan manfaat yang...

Tag: aktiviti selepas peperiksaan SMAM 2017 november

Papar Artikel

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tingkatan 1 SMAN Pahang 2017

      Alhamdulillah, pasukan bola sepak tingkatan 1 SMAM telah berjaya menyertai pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tingkatan 1 SMAN Pahang 2017 yang telah diadakan SMA Ibam. Pertandingan ini merupakan acara tahunan selepas peperiksaan akhir tahun yang bertujuan menggalakkan penyertaan dalam sukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Sebanyak 11 pasukan menyertai pertandingan ini. Seramai 14 orang pelajar SMAM menyertai pertandingan ini bersama seorang pengurus merangkap guru...

Tag: bola sepak 9 sebelah SMAM tingkatan 1 2017