PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SMAM

      Alhamdulillah, satu program motivasi untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya dijalankan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 3 - 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Program ini bermula seawal pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Tag: motivasi SMAM 2017