LENSA SEKOLAH | KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
KUANTAN - 09.02.2020 Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah khusus kepada pelajar tingkatan 3. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu menampilkan pengisian yang tepat berkenaan dengan cara menguruskan jenazah lelaki dan wanita. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana menguruskan jenazah apabila mereka mengalami sendiri situasi kematian dalam keluarga mereka. Diharapkan agar dengan pendedahan dan...
LENSA ASRAMA | KEM IBADAH SIRI 1.0
KUANTAN - 08-09.02.2020 Kem Ibadah Siri 1.0 telah berlangsung selama 1 hari dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid. Kem tersebut melibatkan semua pelajar asrama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kem tersebut dikendalikan oleh para pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang mengambil jurusan shariah dan menjadikan program ini sebagai platform dakwah dalam merealisasikan apa yang telah dipelajari dalam jurusan mereka. Pihak sekolah...
LENSA SEKOLAH | MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN DAN ILMIAH
KUANTAN - 07.02.2020 Majlis Penutup Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG. Objektif majlis tersebut adalah untuk meraikan usaha gigih yang ditonjolkan oleh semua atlet sekolah dalam menjayakan karnival ini. Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung selama 4 hari itu adalah sebagai langkah persediaan para atlet mewakili sekolah dalam Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA)...
LENSA SEKOLAH | MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
KUANTAN - 07.02.2020 Larian Merentas Desa telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SM Agama Al-Ihsan dalam usaha menyuntik semangat MASISUPA yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Larian sejauh 7KM ini melibatkan tenaga kerja seramai 900 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru. Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung dalam tempoh satu minggu itu telah bemula dengan menjadikan acara larian merentas desa sebagai acara utama karnival. Kemeriahan karnival dapat dirasai bersama...