LENSA ASRAMA | PERJUMPAAN PELAJAR BERSAMA WARDEN
KUANTAN - 02.01.2020 Perjumpaan pelajar asrama bersama para warden diadakan bagi meletakkan satu persediaan rapi dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar asrama yang baru. Setiap pelajar juga telah dimaklumkan berkenaan dengan gaya hidup asrama yang sesuai dengan harapan budaya kehidupan pelajar asrama dapat diteruskan dengan baik. Hal ini demikian kerana kematangan seseorang boleh diukur melalui perubahan yang berlaku dalam tingkah laku, perbuatan dan perhubungan dalam kalangan...
LENSA ASRAMA | TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR SESI 2020
KUANTAN - 01.01.2020 Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan satu Taklimat Kemasukan Pelajar Asrama sesi 2020. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 pelajar asrama bersama ibu bapa dan penjaga telah hadir pada taklimat yang telah disampaikan oleh Pengetua SM Agama Al-Ihsan, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Beliau menyatakan hasrat pihak sekolah melalui pengurusan sistem asrama dalam memenuhi dua objektif utama iaitu memperkasakan bahasa arab dalam...
LENSA SEKOLAH | SELAMAT TAHUN BARU 2020
KUANTAN - 01.01.2020 SM Agama Al-Ihsan membuka tirai sesi persekolahan baru 2020 dengan meletakkan kecemerlangan sebagai KPI bagi setiap jabatan sama ada pengurusan dan pentadbiran, kurikulum mahupun ko kurikulum dalam usaha memartabatkan pendidikan dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Diharapkan agar perjalanan persekolahan bagi tahun ini dipenuhi dengan pelbagai lakaran kecemerlangan. Insya-Allah.
LENSA SEKOLAH | PERSARAAN DAN PERTUKARAN STAF GURU
KUANTAN - 14.12.2019 Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan guru bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Majlis dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan disempurnakan oleh Pengetua, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Pn. Lelawati Binti Muhamad Noor telah bertukar ke SM Agama Rompin dan Pn. Minah Binti Yahaya telah mencapai tempoh bersara perkhidmatan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan...