Penyerahan Tablet sumbangan masjid negeri Pahang kepada pelajar yang memerlukan
Penyerahan dibuat secara rumah ke rumah oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin dengan diiringi oleh Pemandu Van Sekolah bermula pada hari ini Rabu 24 Februari 2021. Semoga tablet ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar-pelajar yang menerimanya terutamanya untuk menyertai PdPR yang masih berlangsung sepanjang PKP dan PKPB ini. Alhamdulillah.
Sumbangan Tab Lenovo untuk pelajar SMAM yang memerlukan oleh Masjid Negeri Pahang
Alhamdulillah. Sumbangan Tab Lenovo untuk pelajar-pelajar SMAM yang memerlukan telah diterima dari Masjid Negeri Pahang pada hari Selasa 23 Februari 2021. Wakil dari Masjid Negeri Pahang telah hadir ke sekolah seawal jam 9.30 pagi untuk menyerahkan sumbangan kepada pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Terimakasih. Alhamdulillah.
SPM BERMULA HARI INI ISNIN 22 FEBRUARI 2021
Peperiksaan SPM bermula hari ini Isnin 22 Februari 2021. Kertas pertama ialah Bahasa Melayu yang bermula pada jam 7.45 pagi tadi. Semoga ALLAH memberikan kejayaan kepada calon-calon SPM SMAM. Insya ALLAH.
Program Sanitasi bersama mantan ADUN Luit dan pasukan MTS
Program ini diadakan pada pagi Sabtu 20 Februari 2021. Ini bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan calon-calon SPM 2020 yang akan mula menduduki SPM pada Isnin 22 Februari 2021.