Sumbangan Tab Lenovo untuk pelajar SMAM yang memerlukan oleh Masjid Negeri Pahang
Alhamdulillah. Sumbangan Tab Lenovo untuk pelajar-pelajar SMAM yang memerlukan telah diterima dari Masjid Negeri Pahang pada hari Selasa 23 Februari 2021. Wakil dari Masjid Negeri Pahang telah hadir ke sekolah seawal jam 9.30 pagi untuk menyerahkan sumbangan kepada pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Terimakasih. Alhamdulillah.
SPM BERMULA HARI INI ISNIN 22 FEBRUARI 2021
Peperiksaan SPM bermula hari ini Isnin 22 Februari 2021. Kertas pertama ialah Bahasa Melayu yang bermula pada jam 7.45 pagi tadi. Semoga ALLAH memberikan kejayaan kepada calon-calon SPM SMAM. Insya ALLAH.
Program Sanitasi bersama mantan ADUN Luit dan pasukan MTS
Program ini diadakan pada pagi Sabtu 20 Februari 2021. Ini bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan calon-calon SPM 2020 yang akan mula menduduki SPM pada Isnin 22 Februari 2021.
Restu Ilmu Tingkatan 5 2020 untuk SPM 2020
Satu majlis ringkas restu ilmu telah diadakan pada hari Khamis 18 Februari 2021 di kelas 5 Al-Abrar dan 5 Al-Muttaqin bermula dari jam 2.05 petang. Semoga kejayaan cemerlang akan dicapai oleh pelajar-pelajar SPM 2020 dalam peperiksan SPM 2020 ini. Insya ALLAH.