Pemvaksinan COVID-19 telah bermula bagi guru-guru Daerah Maran
Pemvaksinan untuk guru-guru Daerah Maran telah bermula pada 19 Mac 2021 dan diadakan di Dewan Jubli Perak, Maran. Guru-guru yang terpilih telah mendaftarkan diri untuk mendapat suntikan di MySejahtera dan melalui Google form JPN Pahang. Semoga semua guru dalam keadaan bersedia sebelum pembukaan sekolah pada 4 April 2021 ini. InsyaALLAH
Makluman: Tawaran Ke Matrikulasi dan IPG untuk sesi 2021 bagi lepasan SPM 2020
Kepada yang berminat bolehlah membuat permohonan apabila permohonan dibuka nanti. Insya ALLAH.
Sumbangan makan tengahari calon SPM daripada Dato' Sri Shahaniza
Sumbangan telah disampaikan pada hari Rabu 3 Mac 2021 di SMA Maran. Terimakasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan.
Permohonan Biasiswa 2021
PEMAKLUMAN & INFO PENTING
Dimaklumkan bahawa permohonan BSM bagi tingkatan 1 & 4 sesi persekolahan 2021 telah dibuka pada hari ini 01 Mac sehingga 30 April 2021
Untuk makluman tuan/puan bermula pada tahun ini, sekolah TIDAK PERLU menghantar borang permohonan BSM 4.0 ke YP. Permohonan hanya boleh dibuat melalui atas talian..
Sebarang kesulitan hendaklah dirujuk di unit BSM di talian 09-5181800

Sekian. Terima kasih..