Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Orientasi Tingkatan 1 2021

       Orientasi diadakan di surau ASPURA bermula dari 7.40 pagi hingga 1.00 tengahari. Ini merupakan sesi pengenalan kepada bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, asrama dan disiplin. Taklimat diberikan oleh Pengetua, GPK Pentadbiran, SU Kokurikulum, Ketua Warden dan Guru Disiplin SMAM. Pelajar juga dibawa meronda kawasan sekolah untuk mengenali kedudukan dan fungsi bangunan di sekitar SMAM. 

Tag: SMAM COVID-19 2020

Papar Artikel

kod berpakaian semasa sesi pendaftaran asrama dan sekolah

     Assalamualaikum, makluman kepada semua penghuni asrama, kamu hendaklah memakai BAJU BATIK RASMI SEKOLAH lengkap berkasut pada hari pendaftaran masuk ke asrama mengikut FASA yang ditetapkan. Untuk pelajar lelaki kamu dikehendaki memakai seluar sekolah bersama dengan baju batik sekolah.

   Bagi pelajar luar yang datang bersama penjaga untuk membuat pembayaran juga diminta memakai baju BATIK RASMI SEKOLAH lengkap berkasut. Harap maklum. Terima kasih.

Tag: SMAM COVID-19 2020