Orientasi Tingkatan 1 2021

       Orientasi diadakan di surau ASPURA bermula dari 7.40 pagi hingga 1.00 tengahari. Ini merupakan sesi pengenalan kepada bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, asrama dan disiplin. Taklimat diberikan oleh Pengetua, GPK Pentadbiran, SU Kokurikulum, Ketua Warden dan Guru Disiplin SMAM. Pelajar juga dibawa meronda kawasan sekolah untuk mengenali kedudukan dan fungsi bangunan di sekitar SMAM. 

Tag: SMAM COVID-19 2020