LENSA SEKOLAH | BENGKEL TOP RANKING BUKIT GAMBANG
KUANTAN - Bahagian Kurikulum Unit Peperiksaan dan Penilaian telah mengadakan Bengkel Top Ranking bagi calon peperiksaan SMA dan SPM bertempat di Bukit Gambang Resort City. Bengkel tersebut bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar dalam diri pelajar dan menimbulkan persaingan secara sihat dalam mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan sebenar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam...
LENSA SEKOLAH | PERKHEMAHAN PBSM
KUANTAN - Bahagian Kokurikulum Unit Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah menyertai perkhemahan PBSM peringkat daerah. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua ahli PBSM dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA ASRAMA | SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan Sambutan Malam Ambang Merdeka bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan penganjuran tersebut adalah untuk mencetuskan minat dan rasa cinta akan negara dalam diri para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA ASRAMA | SAMBUTAN EIDULFITRI
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Eidulfitri peringkat sekolah bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 orang pelajar asrama telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
