Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

Tag: "2019"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KURSUS JENAZAH 3.0

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) telah menganjurkan Kursus Jenazah Siri Ketiga bagi tujuan memberi latihan pengurusan jenazah dan pengukuhan melalui konsep amali. Seramai 100 orang pelajar merangkumi setiap tingkatan telah hadir berkursus. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya dalam pengurusan jenazah pada masa hadapan.


Tag: 2019 Kursus

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PROMOSI 5S

KUANTAN - Jawatankuasa 5S Unit Promosi telah mengadakan satu taklimat bertempat di tapak perhimpunan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan guru mengenai kaedah pelaksanaan 5S di kawasan masing-masing. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam mengamalkan 5S sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

Tag: 2019 5S

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | KELUARGA ANGKAT ASRAMA

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan Program Keluarga Angkat pelajar Tingkatan 1 asrama dengan tujuan membanteras gejala buli dan perkara negatif yang berlaku di persekitaran asrama secara amnya. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar asrama dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 asrama

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

KUANTAN - Bahagian Kokurikulum telah menganjurkan Karnival Sukan Peringkat Sekolah sebagai langkah persediaan awal rohani dan jasmani para pelajar dalam menghadapi pertandingan masisupa zon yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua atlet ilmiah dan sukan dalam menghadapi pertandingan dan bersaing secara sihat pada masa hadapan.


Tag: 2019 sukan