Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

Mobiliti Sukarelawan Anak Malaysia Satria Peringkat Daerah Pekan Siri 2 2026

Program Mobiliti Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Pekan Siri 2 Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan penglibatan aktif para pelajar bersama guru pengiring, Ustaz Mohammad Atif bin Abdul Rusuwan.

Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan kawasan perkuburan Kampung Serambi, Pekan, sebagai usaha menyemai semangat kesukarelawanan, keprihatinan sosial serta tanggungjawab terhadap kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Melalui program ini, para...

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

Papar Artikel

Mengukir Nilai Insan: Solat Jenazah dan Penghayatan Bersama

 Pada 28 Januari 2026 (Rabu), seramai 200 orang pelajar lelaki STAM Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar bersama Pengetuanya dan guru-guru lelaki telah berhimpun untuk menunaikan solat jenazah di Masjid Pekan, sebagai tanda penghormatan dan penghayatan terhadap pengurusan jenazah Allahyarham Ustaz Mohsen Shaaban.
 
 Solat ini turut disertai oleh YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah JAIP, pengetua-pengetua SMA Rompin, SMA Al-Ihsan, SMA Chenor, serta...

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

Papar Artikel

Penyerahan Kurnia Sultan Pahang dan Pengiringan Jenazah ke Mansurah, Mesir

Kurnia Paduka Baginda Sultan Pahang disampaikan oleh YH Tok Muda Dato’ Pengarah JAIP, diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, kepada Pengetua Maahad SAS Bandar Jengka, yang mengiringi jenazah ke Mansurah, Dakahlia, Mesir, bersama Pengetua Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Ustaz Lebai Idris bin Ali, untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Mohsen sebagai tanda penghormatan dan perhatian institusi.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

Papar Artikel

Seminar Ibrah Israk Mikraj anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar terus komited memperkukuh pembangunan sahsiah dan kerohanian pelajar apabila pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bersama guru pengiring menyertai Seminar Ibrah Israk Mikraj anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Program yang berlangsung pada 28 Januari 2026 (Rabu) ini telah diadakan dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Kulliah Utama, Pusat Bahasa Moden, UMPSA Pekan, dengan tujuan memperkukuh...

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR