'HOTS and Pedagogy Workshop 2026'
Satu Bengkel Pemerkasaan Higher Order Thinking Skills (HOTS) dan Pedagogi telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan Pengetua serta semua guru. Bengkel ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Zahari, bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dalam mengaplikasikan elemen pemikiran aras tinggi serta amalan pedagogi berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat memperkukuh kualiti PdP di bilik darjah selaras dengan aspirasi pendidikan...
HARI PENDAFTARAN MURID SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026
Hari Pendaftaran Murid bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada Rabu, 14 Januari 2026 bertempat di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.
Program ini melibatkan kehadiran murid-murid baharu bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi melengkapkan proses pendaftaran serta menerima taklimat berkaitan pengurusan sekolah, peraturan, dan hala tuju akademik sekolah bagi sesi 2026. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada...
PROGRAM GOTONG ROYONG SIRI 1 2026
Program Gotong-Royong Siri 1 Tahun 2026 telah dilaksanakan pada Selasa, 13 Januari 2026 bertempat di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Program ini melibatkan penyertaan guru-guru dan murid-murid sebagai usaha bersepadu dalam memastikan kebersihan, keceriaan serta keselamatan persekitaran sekolah sentiasa terpelihara. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab dan disiplin dalam kalangan warga sekolah di samping menyokong pembentukan persekitaran...
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2025
Bittaufiq wan Najah diucapkan kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Tahun 2025.
Didoakan semoga para calon dikurniakan ketenangan, kelancaran dan kesejahteraan sepanjang tempoh peperiksaan.
Semoga semua calon Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang mencapai kejayaan Mumtaz dalam SMA.
Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
Didoakan semoga para calon dikurniakan ketenangan, kelancaran dan kesejahteraan sepanjang tempoh peperiksaan.
Semoga semua calon Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang mencapai kejayaan Mumtaz dalam SMA.
Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.




