TADARUS AL-QURAN
Program bermula dari 1 Ramadhan dan akan berakhir dengan khatam Al-Quran yang akan diadakan pada minggu terakhir persekolahan dalam bulan Ramadhan. Dalam program ini, pelajar-pelajar sekolah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diketuai oleh seorang guru.
MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2024
Dilaksanakan dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang di 4 lokasi iaitu kantin (Batuta), dewan (Ibnu Sina), surau ASPURA (Khaldun) dan surau ASPURI (Taimiyyah). Agenda yang dilaksanakan ialah pemilihan AJK rumah sukan dan pemilihan peserta untuk acara Ilmiah dan Sukan yang akan dilangsungkan pada peringkat sekolah selepas Hari Raya Aidilfitri.
MAKLUMAN: Kebenaran memakai T-shirt Ko-ku/baju rumah sukan/kadet mulai esok (21.3.2024- Khamis) sehingga keadaan kembali pulih @ arahan terkini dari masa ke semasa.
Assalamualaikum wbt,
Dimaklumkan keadaan panas pada masa sekarang, maka semua murid dan guru DIBENARKAN memakai T-shirt Ko-ku/baju rumah sukan/kadet mulai esok (21.3.2024- Khamis) sehingga keadaan kembali pulih @ arahan terkini dari masa ke semasa.
Sekian, harap maklum.
Makluman dari HEM SMA Maran
MAKLUMAN: CUTI BERGANTI SEMPENA NUZUL AL-QURAN KEPADA SEMUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG
Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah bersetuju untuk memberikan cuti berganti kepada semua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) pada hari Jumaat 29 Mac 2024. Ianya akan digantikan pada hari Sabtu (20 April 2024). Harap Maklum.