Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

MAKLUMAN RASMI CUTI BERGANTI PADA JUMAAT 29 MAC 2024 SEMPENA NUZUL AL-QURAN

      SMA Maran akan mengambil cuti berganti sempena Nuzul Al-Quran pada 29 Mac 2024 (Jumaat)
dan akan diganti pada 20 April 2024 (Sabtu). Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil anak untuk pulang ke kampung selepas waktu persekolahan pada hari Rabu 27 Mac 2024. Harap maklum.

   Surat rasmi pemakluman dari pengetua SMA Maran juga boleh dilihat dan muat turun di link ini:
https://drive.google.com/file/d/1eQy-JclAVTiC1UII49WzFyzMd9Xg2JyN/view?usp=sharing

Tag: SMAM CUTI BERGANTI 2024 Nuzul Al-Quran

Papar Artikel

PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 25 MAC 2024

    Perhimpunan bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 8.20 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pada hari ini dalam ucapan pengetua, beliau mengingatkan pelajar tentang masalah buli di asrama seperti mana yang berlaku di Lahad Datu dan juga masalah vape "magic mushroom" yang boleh menyebabkan kematian. Beliau mengingatkan semua pelajar supaya mengelakkan diri dari terlibat dalam masalah buli dan vape ini.
   Guru bertugas bagi minggu ini 25 - 27 Mac 2024 ialah...

Tag: SMAM 2024 sma maran PERHIMPUNAN RASMI

Papar Artikel

TABUNG INFAQ RAMADHAN 1445H/2024

   Pihak SMA Maran mengadakan tabung kutipan Infaq Ramadhan 1445H/2024 untuk mengutip dana bagi memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar SMA Maran yang layak untuk membantu mereka membuat persediaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan di sambut nanti. Sumbangan boleh diberikan melalui akaun yang tertera di atas. Semoga ianya berjalan lancar. InsyaALLAH.

Tag: SMAM SMA 2024 ramadhan INFAQ Tabung