MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS 2024
Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.10 pagi. Tahniah kepada semua pengawas yang baru dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan dedikasi, penuh komitmen dan berdisiplin. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah SMA Maran daripada IPD Maran iaitu Inspektor Nor Hafiz Bin Mohd Nor.
IFTAR JAMAEI & POTLUCK ASRAMA 2024
Diadakan di perkarangan dan di dalam Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada petang 31 Mac 2024 yang disertai oleh pelajar, ahli keluarga pelajar dan guru-guru SMA Maran.
SELAMAT BERCUTI SEMPENA NUZUL AL-QURAN KEPADA WARGA SMAM DAN SEMUA UMMAT ISLAM
SMA Maran akan bercuti dari Khamis 28 Mac 2024 hingga Ahad 31 Mac 2024 sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1445 H. Selamat berpuasa di rumah kepada semua warga SMAM.
PENYERAHAN PAHANG PRIDE DAN BANTUAN KEPADA ANAK YATIM
Majlis bermula dari jam 1.30 hingga 2.00 petang di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 27 Mac 2024.