Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Kembara 1 Malaysia

   Program Kembara 1 Malaysia yang disertai oleh ahli kelab 1 Malaysia dari sekolah SMA Maran, SMK Maran dan SMA Maran 2 telah diadakan dalam cuti pertengahan semester 2 iaitu pada hari Rabu 30 Ogos 2017. Pelajar-pelajar akan dibawa ke UTC Kuantan untuk perlaksanaan program ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMAM yang terpilih yang diiringi oleh Cikgu Noradillah. TAHNIAH. 

Tag: kembara 1 malaysia SMAM utc kuantan

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SMAM

      Alhamdulillah, satu program motivasi untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya dijalankan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 3 - 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Program ini bermula seawal pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Tag: motivasi SMAM 2017

Papar Artikel

UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PT3 2017

    Ujian mendengar untuk subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melatyu PT3 2017 telah bermula pada 22 Ogos 2017 dengan dimulai oleh subjek Bahasa Melayu di Dewan Tun Abd Razak. Manakala untuk Bahasa Inggeris pula ujian akan dilaksanakan pada 23 Ogos 2017 di tempat yang sama. Ujian adalah serentak di seluruh negara. Sesi latihan menjawab dan mendengar telah dilaksanakan pada 21 Ogos untuk Bahasa Melayu dan 22 Ogos untuk Bahasa Inggeris. Semoga pelajar-pelajar SMAM akan berjaya dengan...

Tag: ujian mendengar listening test SMAM pt3