Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Temu Uji Kemasukkan Tingkatan 1 sesi 2018 SMAN

   Alhamdulillah selesailah sudah sesi temuuji untuk kemasukkan tingkatan 1 ke SMAN 2018 pada hari ini Sabtu 14 Oktober 2017. Seramai lebih kurang 126 orang pelajar telah menghadiri sesi temuuji ini yang bermula seawal 7.15 pagi dengan sesi pendaftaran. Pada pukul 8.00 pagi bermulalah sesi ujian bertulis sehingga pukul 10.00 pagi. selepas rehat selama 30 minit sesi diteruskan lagi dengan sesi temuuji yang melibatkan ujian membaca jawi dan membaca Al-Quran. Semua bilik ujian telah...

Tag: temuuji 2017 kemasukkan 2018 SMAM

Papar Artikel

Majlis Restu Ilmu SMA

    Pada Khamis 12 Oktober 2017, telah diadakan satu majlis simbolik penyerahan@ penghalalan ilmu antara guru-guru dan pelajar-pelajar SMA bertempat di Makmal Komputer SMAM. Majlis berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semoga kejayaan cemerlang akan dikurniakan oleh ALLAH kepada semua calon-calon SMA yang akan bermula pada 13 Oktober 2017. Seramai 38 orang pelajar akan mengambil peperiksaan ini. Semoga berjaya. InsyaALLAH.

Tag: restu ilmu SMA 2017 SMAM

Papar Artikel

Pertandingan Pelancaran Roket Air dan Payung Terjun

      Pada hari Sabtu 7 Oktober 2017, seramai 3 orang pelajar SMAM dan 2 orang guru iaitu Ustaz Rahimi dan Ustaz Azrul telah terlibat dalam satu pertandingan di bawah Kelab Falak dan Astronomi iaitu pertandingan pelancaran roket air dan payung terjun yang diadakan di padang Politeknik Muadzam. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat.

Tag: SMAM roket payung terjun pertandingan