Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2018"

Papar Artikel

Latihan Rumah Sukan Untuk MASISUPA peringkat Sekolah

     Pertandingan sukan dan ilmiah peringkat sekolah yang akan diadakan pada Rabu 31 Januari - Jumaat 2 Februari telah menyaksikan semua peserta-peserta sedang berlatih bersungguh-sungguh untuk persediaan pertandingan. Semangat kesukanan yang tinggi terserlah dikalangan peserta yang masing-masing mahu menaikkan nama rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada semua peserta

Tag: MASISUPA 2018

Papar Artikel

Koku Rabu 24 Januari 2018

    Pada hari Rabu 24 Januari 2018, bermula dari pukul 3.30 ptg hingga 4.30 ptg, telah diadakan perjumpaan kokurikulum untuk sukan dan permainan. Oleh kerana hujan yang lebat, maka aktiviti hanya dilakukan dalam kelas dan dewan dimana pelajar-pelajar telah didedahkan dengan teori yang terlibat dalam sukan permainan masing-masing.

Tag: koku 2018

Papar Artikel

Pengayaan Bahasa Inggeris 24 Januari 2018

    Sepertimana biasa, pada hari Rabu 24 Januari 2018, perhimpunan pagi SMAM dikelolakan dalam bahasa Inggeris untuk program pengayaan Bahasa Inggeris. Pada hari tersebut Saudara Dinie dari tingkatan 5A telah menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris iaitu " the benefits of learning English through Songs". Beliau telah berjaya menyampaikan ucapannya dengan baik. Semoga program ini bukan sahaja meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris pelajar tetapi juga akan meningkatkan keyakinan...

Tag: english 2018

Papar Artikel

Lawatan Ke Tapak Asrama Oleh Kontraktor Binaan

   Pada hari Isnin 22 Januari 2018, satu lawatan oleh kontraktor-kontraktor yang berminat untuk membida tender pembinaan ASPURI yang baru telah diadakan. Program disertai oleh kontraktor, wakil JAIP, wakil JKR dan wakil SMAM. Taklimat telah diberikan oleh Jurutera Daerah Maran En Zaky Bin Zakaria bersama KPP Khidmat Pengurusan JAIP Encik Nik Mohd Azrul  Bin Abd Ghafar. Dalam lawatan ini, borang-borang masuk harga tender telah diedarkan kepada semua kontraktor yang berminat...

Tag: aspuri ECER 2018