Lawatan Ke Tapak Asrama Oleh Kontraktor Binaan

   Pada hari Isnin 22 Januari 2018, satu lawatan oleh kontraktor-kontraktor yang berminat untuk membida tender pembinaan ASPURI yang baru telah diadakan. Program disertai oleh kontraktor, wakil JAIP, wakil JKR dan wakil SMAM. Taklimat telah diberikan oleh Jurutera Daerah Maran En Zaky Bin Zakaria bersama KPP Khidmat Pengurusan JAIP Encik Nik Mohd Azrul  Bin Abd Ghafar. Dalam lawatan ini, borang-borang masuk harga tender telah diedarkan kepada semua kontraktor yang berminat untuk membina ASPURI 4 tingkat dengan kos yang telah diluluskan oleh ECER iaitu RM 4.5 juta. Diharapkan pembinaan ASPURI ini akan dilakukan secepat mungkin demi keselesaan pelajar-pelajar SMAM.

Tag: aspuri ECER 2018