Pengayaan Bahasa Inggeris 24 Januari 2018

    Sepertimana biasa, pada hari Rabu 24 Januari 2018, perhimpunan pagi SMAM dikelolakan dalam bahasa Inggeris untuk program pengayaan Bahasa Inggeris. Pada hari tersebut Saudara Dinie dari tingkatan 5A telah menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris iaitu " the benefits of learning English through Songs". Beliau telah berjaya menyampaikan ucapannya dengan baik. Semoga program ini bukan sahaja meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris pelajar tetapi juga akan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bercakap di hadapan awam. insyaALLAH.

Tag: english 2018