Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tingkatan 1 SMAN Pahang 2017

      Alhamdulillah, pasukan bola sepak tingkatan 1 SMAM telah berjaya menyertai pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tingkatan 1 SMAN Pahang 2017 yang telah diadakan SMA Ibam. Pertandingan ini merupakan acara tahunan selepas peperiksaan akhir tahun yang bertujuan menggalakkan penyertaan dalam sukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Sebanyak 11 pasukan menyertai pertandingan ini. Seramai 14 orang pelajar SMAM menyertai pertandingan ini bersama seorang pengurus merangkap guru pengiring iaitu Ustaz Zakwan. 
     Dalam pertandingan kumpulan, SMA Maran telah menjadi johan kumpulan C dan berjaya layak ke perlawanan suku akhir. Dalam perlawanan suku akhir SMA Maran kalah 0 - 1 kepada SMA Al-Attas. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Kalah atau menang adalah adat pertandingan.

Tag: bola sepak 9 sebelah SMAM tingkatan 1 2017