SAMBUTAN HARI GURU 2017

   Sebagaimana sekolah-sekolah lain juga di seluruh Malaysia, SMA Maran tidak ketinggalan dalam menyambut Hari Guru pada hari Selasa 16 Mei 2017. Sambutan bermula seawal pukul 8.30 dengan perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan pelajar-pelajar lelaki dan perlawanan bola jaring antara guru-guru perempuan dengan pelajar-pelajar perempuan. Selesai sesi sukan pagi, sambutan acara dewan pula diadakan pada pukul 11.30 dan ditutup dengan ceramah oleh PU Mizi pada pukul 12.30 tengahari dan berakhir pada pukul 1.25 tengahari. Selepas itu diadakan pula sesi bergambar dan diakhiri dengan jamuan makan dan acara memotong kek di kantin sekolah. Majlis bersurai pada pukul 2.30 petang. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru, staff dan pelajar-pelajar SMAM.

Tag: hari guru SMAM 2017