Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

MAJLIS QURBAN PERINGKAT KULLIAH

4 September 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah berjaya melaksanakan ibadat Qurban pada hari Isnin di Kulliah Sultan Abu Bakar. Pihak guru dan kakitangan bekerjasama menguruskan ibadat Qurban dengan menyembelih 3 ekor lembu sumbangan YAB Ahli Parlimen Pekan, juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahi al-Hamdu.

Tag: Raya Qurban Kulliah

Papar Artikel

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN DAN PERPISAHAN WARGA KULLIAH

25 Ogos 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah telah mengadakan Majlis Meraikan persaraan dan perpindahan warga Kulliah. Warga Kulliah yang terlibat ialah:
1. Encik Abdul Rahim - Bersara Wajib
2. Ustazah Azizah binti Daud - Berpindah Ke SMA Al-Ihsan
3. Ustaz Mohd Mustaqim - menamatkan perkhidmatan secara pilihan.
4. Encik Badrul Hisham - Berpindah ke JAIP
5. Cik Ruwaida - Berpindah ke SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan.
Pihak Kulliah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang...

Tag: Majlis meraikan persaraan warga kulliah

Papar Artikel

CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

25 Ogos 2017 ... Pekan ... Para pelajar Kulliah berkesempatan bersama Pegawai Agama Islam Daerah Jerantut Al-Fadhil Syarafuddin Mohd Saad dalam program khas bagi sambutan Aidil Adha 1468 Hijrah. Beliau berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan ibadah-ibadah yang berkaitan dengan Bulan Zul Hijjah terutamanya ibadat Qurban dan Puasa pada hari Arafah.

Tag: Ceramah sempena hari raya aidil adha Kulliah

Papar Artikel

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI GURU KULLIAH

25 Ogos 2017 ... Pekan ... Pihak Kurikulum Kulliah telah menganjurkan Kursus dan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi memberi nilai tambah kepada semua guru dan kakitangan. Kursus telah disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkaitan dengan Integriti dalam Perkhidmatan Awam. Objektif kursus ini adalah bagi pendedahan kepada guru dan kakitangan berkaitan dengan masalah integriti penjawat awam di Malaysia.

Tag: Latihan dalam perkhidmatan Kulliah