Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

CERAMAH MAAL HIJRAH 2026

Alhamdulillah, warga KULLIAH Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah menghadiri Ceramah Maal Hijrah 1448H yang disampaikan oleh Dr. Azrul Hisyam bin Mohamad Rasidi. Program ini menjadi platform terbaik untuk menghayati makna hijrah sebagai pemangkin perubahan diri ke arah insan yang lebih berilmu, berakhlak dan bertakwa.

Kehadiran Pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum serta barisan guru membuktikan komitmen berterusan pihak pentadbiran dalam memastikan pembangunan rohani dan sahsiah pelajar sentiasa bergerak seiring dengan kecemerlangan akademik. Sokongan dan penglibatan aktif warga pendidik dalam program ilmiah seperti ini mencerminkan kesungguhan KULLIAH dalam membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran, malah kukuh pegangan agama dan berjiwa kepimpinan.

Semoga pengisian sempena Maal Hijrah ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KULLIAH untuk terus berhijrah ke arah kecemerlangan, memperkukuh iman serta menyemai nilai-nilai Islam dalam setiap aspek kehidupan.

"Hijrah Mengukuhkan Iman, Membina Ummah Madani."

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini