PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI PEKAN 2026
Syabas dan tahniah kepada pasukan Bola Jaring Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar atas penyertaan dalam Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Pekan 2026 yang berlangsung pada 27 Jun 2026. Program ini menjadi platform memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum, barisan guru pengiring dan jurulatih atas komitmen serta sokongan padu dalam memastikan penyertaan murid berjalan lancar dan membanggakan.
Terus melakar kecemerlangan, mengharumkan nama sekolah!

0 komen