Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMAN PAHANG TAHUN 2016/2017

17 Ogos 2017 .... Kuantan ... Kulliah dinobat sebagai Sekolah Terbaik STAM, Sekolah Khas Tahfiz dan Anugerah 4 K (Kerohanian) bagi tahun 2016. Majlis tersebut diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dan dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad selaku wakil rasmi Kepada YAB Menteri Besar Pahang.

Pelajar-pelajar cemerlang SMA, SPM, STAM dan MUET juga telah menerima anugerah dan pengiktirafan pada...

Tag: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kulliah

Papar Artikel

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN YM TENGKU DATO' INDERA MADINA KAMILIA BINTI TENGKU BESAR PAHANG TENGKU KAMIL ISMAIL

17 Ogos 2017 ... Pekan ... Seramai 30 Orang Pelajar dan guru Kulliah telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Majlis Perkahwinan cucunda KDYMM Sultan Pahang, YM. Tengku Dato' Indera Madina Kamilia yang telah diadakan di Istana Abu Bakar Pekan. Semoga dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat ini akan melancarkan majlis perkahwinan yang akan diadakan pada 19 Ogos 2017 nanti.

Tag: Majlis Bacaan Yasin

Papar Artikel

PROGRAM "PITCH YOUR PRODUCT" 2017 ANJURAN UIAM

7 Ogos 2017 .... Gombak ... Seramai 10 orang pelajar Kulliah telah terpilih mewakili Negeri Pahang dalam Pertandingan "Pitch Your Product" Anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Program tersebut berlangsung selama 2 hari bermula 7 Ogos 2017. Pertandingan ini diadakan semprna Kovensyen Prosumer Sedunia di bawah pengelolaan UIAM. Selain Kulliah Al-Lughah Waddin As, Sultan Abu Bakar, 3 lagi sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri Pahang mewakili Negeri Pahang iaitu SMA Al-Ihsan Kuantan,...

Tag: Pitch Your Product UIAM Kulliah