ZIARAH NOSTALGIA BEKAS PELAJAR KULLIAH DARI SABAH
11.11.2017 ... Pekan ... seramai 4 orang bekas pelajar Kulliah dari Negeri Sabah kembali menjejak kaki ke Kulliah setalah lebih 30 tahun meninggalkan Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar. Rombongan tersebut diketuai oleh Datuk Jafri Haji Arifin, Pengerusi Felcra Bina Sabah. Beliau merupaka bekas pelajar Kulliah. Pada tahun 80-an, Yayasan Sabah telah menghantar pelajar-pelajar di bawah tajaannya belajar di sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang termasuk Sekolah Men Agama Ihsan,...
PROGRAM DA'IE MILENIA
9 November 2017 ... Pekan ... Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kulliah telah menganjur sebuah rancangan realiti, Da'ie Melinia Kulliah. Program tersebut terbuka kepada semua pelajar Kulliah. Program tersebut bertujuan mencungkil bakat-bakat dalam bidang dakwah. Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mengurus sesuatu program dengan sempurna. Moga bakat pelajar Kulliah terus berjaya dicungkil pada masa akan datang.
PROGRAM "AL-FURSAH" "الفرصة"
8 November 2017 .... Pekan ... Unit Kaunseling dan Kerjaya Kulliah telah menganjurkan program khas "al-Fursah" berkaitan peluang menyambung pelajaran ke Universiti di Malaysia. Wakil dari 4 pusat pengajian telah membuat taklimat berkaitan universiti masing-masing. Pusat pengajian yang terlibat ialah, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Yayasan Pahang (KYP), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU).
Wakil setiap pengajian...
Wakil setiap pengajian...
SELESAI PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
1 November 2017 ... Pekan ... Seramai 545 pelajar tingkatan enam telah berjaya menjalani peperiksaan STAM yang bermula dari 23 Oktober sehingga 1 November 2017. Semoga pelajar-pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang insyaAllah.




