Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR LAKAR PENYERTAAN CEMERLANG DALAM PROGRAM FUN RUN & FUN RIDE PTP 188 / PDRM TANJUNG PUTRA 188

Pada 23 Mei 2026, seramai 65 orang pelajar Tingkatan 6 daripada Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang telah menyertai program Fun Run & Fun Ride PTP 188 / PDRM Tanjung Putra 188 yang berlangsung di Padang MBK 1, Kuantan dengan iringan 2 orang guru pengiring.

Program yang melibatkan seramai 1,400 peserta keseluruhan ini turut mencatat kejayaan membanggakan apabila 3 orang pelajar berjaya meraih kedudukan dalam kelompok Top 100 peserta terbaik.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan dalam mengharumkan nama sekolah.

“Melangkah dengan semangat, mencipta kecemerlangan.”

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini