PENYERAHAN SUMBANGAN DARI ALUMNI KULLIAH BAGI AKTIVITI PELAJAR
27 Oktober 2017 ... Pekan .. Pihak Alumni Kulliah telah menyampaikan sumbangan kepada Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang sebanyak RM 2000 bagi tujuan aktiviti pelajar Kulliah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Alumni Kulliah, Dr Mohamad Helmi Said Kepada Tuan Pengetua Kulliah Encik Mohamad bin Ab Rahman. Turut hadir ialah Ustaz Abu Bakar Mat Saat, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Tuan Haji Ishak Osman, KPP Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri...
KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI SEMPENA DEEPAVALI
14 Oktober 2017 ... Pekan ... Pihak Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang terus mengadakan kelas tambahan dan kelas bimbingan bagi semua pelajar sebagai persiapan menghadapi peperiksaan STAM, SPM dan SMA kali ini. Kesemua pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung pada cuti sambutan Hari Deepavali kali ini kerana jadual peperiksaan yang sudah terlalu hampir. Bagi Peperiksaan SMA, telah bermula pada hari semalam 13 Oktober, 2017, Manakala bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)...
BERMULANYA PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2017
13 Oktober 2017 ... Pekan ... Pada hari ini bermulanya peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Pahang. Seramai 35 orang pelajar tingkatan 4 tahfiz bestari Kulliah telah mengambil peperiksaan tersebut. Ianya bermula dengan mata pelajaran Insyak dan Motola'ah. Semoga Allah Permudahkan Urusan Antum Semua InsyaAllah.
MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 2017
11 Oktober 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan STAM, SPM dan SMA yang akan datang. Semua guru dan pelajar dapat menghayati ucapan GPK Kurikulum dan Pengetua yang menyentuh berkaitan keberkatan di dalam menuntut ilmu. Semoga semua Pelajar berjaya dengan cemerlang . Ameen




