SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA USTAZ NASUHA DAN ISTERI
11 November 2017 ... Kuantan ... Guru Kulliah, Ustaz Nasuha bin Mohd Zaini selamat melangsungkan perkahwinan beliau dengan pasangannya, Nurul Nadiah binti Mohd Nasir pada hari sabtu lepas. Pihak Kulliah mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada beliau dan isteri. Moga sentiasa dirahmati Allah.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير
MAJLIS MALAM SRI INTAN KULLIAH
11 November ... Kuantan... Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar berjaya mengamit nostalgia bekas-bekas pelajar Kulliah apabila Persatuan Alumni Kulliah berjaya menganjurkan Program Majlis Malam Sri Intan Kulliah sempena Sambutan Jubli Intan Kulliah. Sejak ditubuhkan pada tahun 1941 sehingga sekarang, Kulliah berjaya mengeluarkan lebih 30,000 orang pelajar yang menceburi pelbagai bidang.
Pada Majlis tersebut, Persatuan Alumni telah berjaya mengumpulkan lebih 600 bekas pelajar Kulliah...
Pada Majlis tersebut, Persatuan Alumni telah berjaya mengumpulkan lebih 600 bekas pelajar Kulliah...
ZIARAH NOSTALGIA BEKAS PELAJAR KULLIAH DARI SABAH
11.11.2017 ... Pekan ... seramai 4 orang bekas pelajar Kulliah dari Negeri Sabah kembali menjejak kaki ke Kulliah setalah lebih 30 tahun meninggalkan Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar. Rombongan tersebut diketuai oleh Datuk Jafri Haji Arifin, Pengerusi Felcra Bina Sabah. Beliau merupaka bekas pelajar Kulliah. Pada tahun 80-an, Yayasan Sabah telah menghantar pelajar-pelajar di bawah tajaannya belajar di sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang termasuk Sekolah Men Agama Ihsan,...
PROGRAM DA'IE MILENIA
9 November 2017 ... Pekan ... Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kulliah telah menganjur sebuah rancangan realiti, Da'ie Melinia Kulliah. Program tersebut terbuka kepada semua pelajar Kulliah. Program tersebut bertujuan mencungkil bakat-bakat dalam bidang dakwah. Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mengurus sesuatu program dengan sempurna. Moga bakat pelajar Kulliah terus berjaya dicungkil pada masa akan datang.




