Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

LAWATAN PELAJAR KULLIAH KE PULAU LANGKAWI.

18 November 2017 ... Pekan ... Unit lawatan Kulliah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi bermula 18 sehingga 21 November 2017. Lawatan ini melibatkan 33 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring. Pelajar-pelajar telah dibawa melawat ke tempat-tempat sejarah dan pelancongan yang ada di Langkawi. Objektif lawatan ini adalah bagi melihat keindahan Pulau Langkawi sambil memberi pendedahan pelajar kepada sejarah Langkawi khususnya. Rombongan ini selamat sampai ke Kulliah pada...

Tag: Lawatan Pelajar Kulkliah Ke Langkawi

Papar Artikel

LAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KE PANGKOR

17 November 2017 ...Pekan .. Seramai 42 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kulliah dan 2 orang guru pengiring telah bertolak ke Pulau Pangkor bagi lawatan sambil belajar. Program tersebut bermula dari 17 sehingga 20 November baru-baru ini. Pelajar-pelajar telah di bawa ke sekitar Bandaraya Ipoh dan Pulau Pangkor. Program ini bertujuan memberikan motivasi kepada pelajar bagi meneruskan usaha dalam mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan MPP berkaitan pengurusan dan kehidupan sebenar....

Tag: Lawatan Perwakilan Pelajar Kulliah Ke Pangkor

Papar Artikel

KARNIVAL SUKAN AKHIR TAHUN

13 November 2017 ... Pekan ... Unit Kokurikulum Kulliah telah mengadakan Karnival Sukan sebagai aktiviti kokurikulum sebelum tamat sesi persekolahan 2017. Semua pelajar tingkatan 6 menyertai pelbagai pertandingan sukan termasuklah bola jaring, bola sepak, sepak takraw dan badminton. Karnival tersebut diadakan selama 3 hari. 

Karnival Sukan Kulliah kali ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kulliah, Ustaz mohammad bin Ab Rahman pada 13 November yang lalu. Beliau mengharapkan supaya semua...

Tag: Karnival Sukan Kulliah

Papar Artikel

MENAWAN BUKIT PANORAMA SG LEMBING

12 November 2015 ... Kuantan ... Seramai 100 pelajar termasuk guru pengiring telah berjaya mendaki Bukit Panorama, Sungai Lembing Kuantan pada subuh 12 November baru-baru ini. Ini merupakan aktiviti lasak yang dirancang oleh pihak sekolah bagi pelajar yang berminat kepada aktiviti-aktiviti lasak. Program ini bertujuan supaya para pelajar sentiasa menghayati keindahan ciptaan Allah swt dan menggalakkan pelajar sentiasa menyertai program-program yang boleh menyihatkan tubuh badan dan minda...

Tag: Bukit Panorama Sungai Lembing