solat zuhur berjemaah dan tadarrus al-quran 15 mei 2019
Solat Zohor berjemaah bermula dari jam 2.00 petang selepas selesai PdPc. Seterusnya tadarrus dijalankan hingga jam 2.40 petang.
pemerkasaan pt3 rbt daerah maran 14 - 15 mei 2019
Bengkel pemerkasaan PT3 RBT daerah Maran akan dijalankan bermula dari hari ini Selasa 14 Mei 2019 hingga esok, Rabu 15 Mei 2019 di SMK Jengka Pusat 2. Wakil SMAM ke bengkel ini ialah Cikgu Norashikin. Semoga banyak ilmu dapat dikutip di sana dan akan dapat ditaburkan pula kepada pelajar-pelajar SMAM. InsyaALLAH.
Bengkel membina soalan geografi peringkat maran 14 Mei 2019
Bengkel ini diteruskan ke hari keduanya iaitu Selasa 14 Mei 2019.
Bengkel membina soalan geografi peringkat maran 13 Mei 2019
Bengkel ini diadakan di PKG Bandar Pusat Jengka yang melibatkan semua guru Geografi Maran. SMAM diwakili oleh Cikgu Immazura. Bengkel bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang.