selamat kembali ke SMAM
Alhamdulillah, ramai pelajar telahpun selamat kembali ke SMAM sebelum jam 6.00 petang Isnin 20 Mei 2019 selepas menghabiskan masa selama 3 hari di rumah masing-masing. Tahniah kepada semua ibubapa dan pelajar yang berjaya pulang semula ke asrama sebelum jam 6.00 petang hari ini.
SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU 17 - 20 MEI 2019
Warga SMAM mengucapkan selamat bercuti hujung minggu dari 17 mei hingga 20 mei 2019 (Isnin). Hujung minggu ini sedikit panjang kerana hari wesak disambut pada Isnin 20 Mei 2019. Pelajar-pelajar asrama diminta hadir semula ke asrama pada hari Isnin 20 Mei 2019 sebelum pukul 6.00 petang. Selamat bercuti hujung minggu semua. Jaga kesihatan dan keselamatan dan semoga kita berjumpa semula pada Selasa 21 Mei 2019. InsyaALLAH. Aamiiiin.
MAKLUMAN: Album Foto Koleksi Mei sehingga 17 Mei 2019
Boleh dilihat atau muat turun di GALERI-FOTO - Koleksi Mei 2019 atau klik pada link di bawah:
http://sman.pahang.edu.my/schools/8/galleries/787
http://sman.pahang.edu.my/schools/8/galleries/787
peperiksaan pertengahan tahun 17 mei 2019
Hanya tinggal tingkatan 4 sahaja yang masih menjalani peperiksaan pertengahan tahun pada hari ini 17 Mei 2019. Semoga semua pelajar tingkatan 4 dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.