Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Penyediaan Tempat Study Baru Untuk pelajar lelaki ASPURA

    2 kanopi baru telah dipasang berhampiran surau ASPURA untuk digunakan sebagai tempat study pelajar-pelajar ASPURA untuk mengelakkan kesesakkan di bilik-bilik study sedia ada. Tempat study yang bersifat "open air" ini diharapkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar-pelajar ASPURA bermula dari persekolahan yang akan bermula semula pada 1 April 2019 ini. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

MAJLIS PERSARAAN KPP USTAZ ABU BAKAR

    Satu majlis meraikan persaraan KPP Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad telah diadakan pada hari ini Rabu 27 Mac 2019 di Kuliyyah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang. Majlis dihadiri oleh pegawai-pegawai JAIP dan wakil dari setiap sekolah agama negeri yang berjumlah 18 buah semuanya. Semoga persaraan ini merupakan titik tolak kepada kehidupan yang lebih bahagia kepada Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019