Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Taklimat Lawatan Ke Pesta Buku PWTC

   Satu taklimat untuk pelajar-pelajar SMAM yang akan pergi ke lawatan pesta buku PWTC esok 6 April 2019, telah diadakan di Dewan tun Abd Razak SMAM pada hari Jumaat 5 April 2019 darijam 11.30-12.00 tengahari. Taklimat disampaikan oleh ketua rombongan Cikgu Aminah Murni dan Ustazah Azifah selaku GPK HEM. 

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

UPT1 Bagi Peserta MASISUPA Pusat 2019

   Ujian penilaian tahap 1 (UPT1) 2019 dijalankan khas untuk peserta-peserta MASISUPA Pusat 2019 yang tidak mengambil ujian ini kerana terlibat dengan latihan pusat. Mereka dijadualkan untuk mengambil ujian dari 2 April 2019 hingga 8 April 2019 di Makmal Komputer SMAM.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Bengkel Budjet 2020

  Satu bengkel persediaan budjet untuk 2020 telah diadakan di Masjid Negeri, Kuantan. Bengkel dihadiri oleh semua Pengawai Tadbir Kewangan dari sekolah menengah agama negeri. SMAM diwakili oleh Puan Hanim. Semoga bengkel ini akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan SMAN. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019