Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "cg abdullah"

Papar Artikel

Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ruqyah Al-Fatihah Untuk Cg Abdullah dan Ayah Ustaz Azrul

     Alhamdulillah. Sekali lagi Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ruqyah Al-Fatihah diadakan di surau ASPURA SMAM untuk mendoakan kesembuhan untuk Cikgu Abdullah dan juga untuk ayah kepada Ustaz Azrul yang telah juga dimasukkan ke HOSHAS Temerloh kerana masalah kesihatan. Majlis ini dipimpin oleh Setiausaha 4K Ustaz Farek. Kami warga SMAM memohon kepada siapa jua yang membaca artikel ini untuk meluangkan sedikit masa mendoakan Cikgu Abdullah dan ayah kepada Ustaz Azrul...

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Utk Cikgu Abdullah

    Alhamdulillah, sekali lagi solat hajat dan bacaan Yaasin diadakan di surau ASPURA pada malam 28 Mac 2018 untuk mendoakan kesembuhan Cikgu Abdullah yang masih dirawat di HTAA Kuantan. Cikgu Abdullah telah selamat menjalani pembedahan yang ke 4 yang selesai pada pukul 12 tengah malam 29 Mac 2018. Semoga Cikgu Abdullah akan diberi kesembuhan segera. Marilah kita meneruskan berdoa untuk kesembuhan Cikgu Abdullah kita.

Tag: cg abdullah 2018

Papar Artikel

Teruskan Berdoa Untuk Cikgu Abdullah

   Teruskanlah berdoa untuk Cikgu Abdullah. Berita terbaru mengatakan semalam 27 Mac 2018, Cikgu Abdullah telah selamat menjalani pembedahan usus kerana usus yang pecah dan keadaan beliau masih kritikal lagi dan memerlukan pembedahan dan rawatan susulan. Marilah kita meneruskan doa dan solat hajat kita semoga ALLAH memberikan kesembuhan kepada Cikgu Abdullah yang kita kasihi. 

Tag: cg abdullah 2018