Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ruqyah Al-Fatihah Untuk Cg Abdullah dan Ayah Ustaz Azrul

     Alhamdulillah. Sekali lagi Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ruqyah Al-Fatihah diadakan di surau ASPURA SMAM untuk mendoakan kesembuhan untuk Cikgu Abdullah dan juga untuk ayah kepada Ustaz Azrul yang telah juga dimasukkan ke HOSHAS Temerloh kerana masalah kesihatan. Majlis ini dipimpin oleh Setiausaha 4K Ustaz Farek. Kami warga SMAM memohon kepada siapa jua yang membaca artikel ini untuk meluangkan sedikit masa mendoakan Cikgu Abdullah dan ayah kepada Ustaz Azrul supaya diberikan kesembuhan oleh ALLAH swt. Semoga ALLAH mengasihani hamba-hambaNya ini dan mengabulkan doa kita. InsyaALLAH.

Tag: cg abdullah 2018