Latihan Ping Pong Perempuan juga diadakan di gelanggang ping pong Dewan Tun Abd Razak, SMAM untuk persediaan MASISUPA Zon 2. Ini juga merupakan sesi pemilihan pemain untuk mewakili zon 2.
Pasukan bola tampar perempuan telah memulakan latihan untuk menghadapi MASISUPA Pusat 2019 yang akan berlangsung di SMA Pulau Tawar. Latihan ini juga adalah sesi pemilihan pemain yang akan mewakili Zon 2. Latihan diadakan di Gelanggang Bola Tampar Perempuan yang baru siap berdekatan ASPURI.
Warga SMAM mengucapkan selamat datang dan selamat berlatih kepada semua pelajar-pelajar dari zon 2 iaitu SMA Pulau Tawar, SMA Al-Ihsan, Maahad SAS dan SAR Irsyad Balok yang terlibat dengan latihan pusat zon 2 Bola Tampar Perempuan dan Ping Pong Perempuan. Tahniah dan semoga berjaya.
Thobur Sobahi 7 Mac 2019 melibatkan perkataan berlawanan dalam Bahasa Arab. Perkataan dalam Bahasa Arab dibacakan oleh pengawas bertugas, saudara Afiq Fahmi dan Wan Hakimi. Pelajar-pelajar lain memberikan makna dan memberikan perkataan berlawanan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.